KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu Kerajaan Negeri Sabah terus kukuh di bawah pimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri.

Justeru, ruang harus diberikan kepada Hajiji untuk berbincang dan mencari formula yang baik bagi menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

“Kita beri ruang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan cari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah.

“Saya ucap terima kepada Ketua Menteri dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan,” katanya selepas pertemuan bersama Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, malam tadi.

Anwar berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini dan ia satu RUU yang penting bagi mengembalikan hak Sabah yang beliau usulkan sebelum ini bersama Jemaah Menteri.

Menurut beliau, RUU (kawal selia gas) itu akan membawa perubahan besar dan ia adalah satu keutamaan. – UTUSAN

The post Anwar restu Hajiji Ketua Menteri Sabah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *