PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘menegur’ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu ekoran  masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

“Ini telur tak dak,” katanya kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam loghat utara ketika bersalam dengan Presiden Amanah itu sebelum mesyuarat khas Kabinet hari ini.

Dialog itu antara yang jelas didengari dalam rakaman video dari Pejabat Perdana Menteri yang dikongsi kepada media.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berdiri di sebelah Mat Sabu kelihatan menyampuk gurauan itu tetapi tidak jelas. – UTUSAN

 

The post Anwar ‘tegur’ Mat Sabu telur tak ada di pasaran appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *