PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat media PH untuk keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Hotel Grand Dorsett di sini.

Anwar yang juga Presiden PKR tiba diiringi isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 8.45 malam.

Turut hadir bersama Anwar dan Wan Azizah ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika ini, Anwar masih berada di bilik menunggu Hotel Grand Dorsett dan belum memasuki dewan yang mengumumkan keputusan PRU15.

Dipercayai, Anwar sedang menunggu beberapa pemimpin tertinggi gabungan berkenaan yang belum tiba.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba lebih awal di lokasi berkenaan.

Ketika ini, secara tidak rasmi PH sedang mendahului parti-parti yang bertanding dalam PRU15 dalam pungutan kerusi Parlimen. – UTUSAN

 

 

The post Anwar tiba di pusat media PH appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *