JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo melahirkan harapan agar Malaysia dan Indonesia dapat mengukuhkan hubungan dua negara serumpun ini serta maju di semua bidang.

Perkara itu ditegaskan beliau dalam hantaran terbaharu di Twitter susulan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menurut beliau, Anwar merupakan tokoh yang dikenal secara meluas dan dihormati oleh rakyat Indonesia.

“Selamat dari Indonesia untuk Yang Mulia Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Datuk Anwar adalah tokoh yang dikenal luas dan dihormati oleh rakyat Indonesia.

“Saya berharap hubungan dua negara serumpun semakin kukuh dan maju di semua bidang,” katanya.

The post Anwar tokoh dikenali, dihormati rakyat Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *