KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir meraikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ketibaan mereka di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, disambut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta beberapa pemimpin parti lain.
Majlis dimulakan kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tetamu menggaul ‘Yee Sang’ secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.
Majlis rumah terbuka MCA itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan nyanyian.
Dalam majlis itu, Anwar, isteri dan Ahmad Zahid turut dijemput menerima buah limau daripada Ka Siong sebagai satu simbolik tanda kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan.
Turut hadir memeriahkan sambutan beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perapaduan. – UTUSAN
The post Anwar, TPM hadir rumah terbuka MCA appeared first on Utusan Malaysia.