KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan terus menambah baik kelemahan sedia ada terutamanya dari segi pendigitalan pada aplikasi mudah alih MyJPJ.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementerian bersedia menerima teguran, kritikan dan pandangan orang ramai dan kami akan terus menutup kelemahan sedia ada pada masa akan datang.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Wee Ka Siong selaku bekas menteri pengangkutan terhadap teguran mereka, kami ambil makluman dan akan menambah baik apa yang patut.
Semalam, Wee Ka Siong di Dewan Rakyat berkata, data berjuta-juta rakyat Malaysia berisiko disebabkan ciri keselamatan yang lemah dalam aplikasi MyJPJ yang dilancarkan baru-baru ini.
Saya boleh tunjukkan kepada anda bagaimana ketirisan ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, data 33 juta rakyat Malaysia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Kira-kira 16 juta data lesen memandu juga berisiko dan beliau tidak bersetuju dengan penggunaan aplikasi itu apabila diberi taklimat mengenainya semasa menjadi Menteri Pengangkutan.
Jumaat lepas, Siew Fook mengumumkan pendigitan membabitkan lesen kenderaan motor (e-LKM) dan lesen memandu Malaysia (e-LLM).
The post Aplikasi MyJPJ akan ditambah baik appeared first on Utusan Malaysia.