PETALING JAYA: Aplikasi mesej terkemuka dunia, WhatsApp yang mengalami gangguan apabila pengguna tidak boleh menghantar atau menerima mesej baharu sejak pukul 3 petang ini, kembali berfungsi kira-kira pukul 5.15 petang ini.

Gangguan itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi ia memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia.

Situasi itu disahkan sendiri oleh jurucakap syarikat Meta, yang merupakan pemilik kepada WhatsApp, Facebook dan Instagram.

“Kami sedar bahawa ada pengguna yang mengalami masalah untuk menghantar mesej dan kita sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Pengguna langsung tidak boleh mengakses aplikasi WhatsApp sejak pukul 3 petang ini sama ada melalui telefon pintar mahupun laman sesawang di komputer.

Perkara itu menyebabkan ribuan pengguna menyerbu akaun Facebook, Twitter dan Instagram milik WhatsApp dan mempersoal mengapa aplikasi itu tidak boleh digunakan. – UTUSAN

The post Aplikasi WhatsApp kembali berfungsi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *