KUALA LUMPUR: Pelakon, Aqasha memaklumkan amalan penjagaan pemakanan yang teratur adalah rahsia di sebalik bentuk fizikalnya yang kekal ideal.

Kata pelakon filem Embun itu, perkara itu penting untuk membolehkan berat badannya dikekalkan dan tidak mudah bertambah.

“Saya kenal anatomi badan saya. Badan yang kurus adalah tuntutan kerja kerana saya boleh membentuk karakter dengan mudah.

“Jadi, saya kena kawal pemakanan, amalkan makan tidak lebih lima kali sehari selain senaman calisthenics setiap hari,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aqasha juga memaklumkan dia beruntung kerana memiliki berat badan yang mudah diurus dan dikendalikan.

“Saya berjaya turunkan antara enam hingga tujuh kilogram sebelum ini. Perbezaannya tidaklah ketara,” katanya lagi.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia sanggup menambah atau mengurangkan berat badannya sekiranya karakter yang dibawa memerlukannya melakukan perkara itu.

“Kalau watak itu memerlukan perut saya berlipat dan dagu berlapis, saya akan tambah (berat badan).

“Sebagai pelakon, berat badan memainkan peranan kerana ia sebahagian tuntutan kerja,” jelasnya.

The post Aqasha jaga badan demi tuntutan kerja appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *