DOHA: Dua gol menakjubkan daripada Saleh Al Shehri dan Salem Al Dawsari sudah cukup untuk membantu pasukan Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022 dengan menewaskan Argentina dengan keputusan 2-1 di Stadium Lusail sebentar tadi.

Kedua gol tersebut hadir dalam tempoh lima minit pada babak kedua selepas Argentina mendahului terlebih dahulu menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Lionel Messi pada minit ke 9.

Messi selepas itu berpeluang menggandakan jaringan namun video bantuan pengadil (VAR) telah menafikan gol tersebut.

Walaupun Messi berjaya meletakkan dirinya menjadi pemain kelima dalam senarai penjaring yang berjaya meledak dalam empat edisi Piala Dunia yang berbeza, namun pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu gagal menyelamatkan Argentina daripada mengalami kekalahan di tangan Arab Saudi.

Kekalahan ini menyaksikan rekod tanpa kalah dalam 36 perlawanan dimiliki Argentina akhirnya tercalar dan mereka perlu meningkatkan usaha menjelang perlawanan kedua menentang Mexico pada Ahad.

The post Argentina dimalukan Arab Saudi dalam aksi pembukaan kumpulan C appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *