DOHA: Argentina menghidupkan kembali peluang mereka dalam singan Kumpulan C Piala Dunia 2022 selepas berjaya menewaskan Mexico 2-0 di Stadium Lusail sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Albiceleste di kedudukan kedua dengan tiga mata di belakang Poland yang mengumpul empat mata.

Argentina turun dalam perlawanan itu dalam misi wajib menang namun, mereka nampak bergelut dan menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

Gol yang dicari-cari Argentina hadir pada minit ke-64 menerusi kapten mereka, Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada minit ke-87.

Perlawanan seterusnya dalam Kumpulan C akan menyaksikan Argentina akan berdepan Poland manakala, Mexico akan bertemu Arab Saudi.

Peluang untuk layak ke pusingan kalah mati bagi Kumpulan C masih terbuka untuk semua pasukan dan perlawanan terakhir nanti bakal menjadi penentu-AGENSI

The post Argentina hidupkan peluang, atasi Mexico 2-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *