LONDON: Jaringan tunggal Bukayo Saka memastikan Arsenal terus memimpin kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Leeds United di Elland Road, sebentar tadi.

Beraksi di laman lawan, ternyata memberi kesukaran kepada The Gunners apabila pasukan tuan rumah lebih banyak mencipta peluang.

Begitupun pada minit ke-35, jaringan Saka sudah cukup untuk memberi mata berharga buat Arsenal sekali gus meraih kemenangan kesembilan musim ini daripada 10 perlawanan.

Pada babak kedua, meskipun Arsenal lebih banyak menguasai perlawanan namun gagal menggandakan jaringan.

Jentera serangan Leeds juga tidak berputus asa memburu gol penyamaan namun dikecewakan dengan benteng Arsenal yang kental mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi sehingga pengadil perlawanan meniup wisel penamat.-AGENSI

The post Arsenal terus pimpin kedudukan teratas EPL appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *