WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendesak semua negara mengetatkan sekatan terhadap Korea Utara kerana mencabuli resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik antara benua.

“AS secara lantang mengkritik tindakan yang dilakukan Korea Utara dan sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini dan sekutu memantau rapat sebarang situasi yang boleh mengancam keselamatan,” menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Adrienne Watson.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price pula menegaskan pencabulan itu memerlukan semua negara mengetatkan sekatan terhadap Pyongyang sebagai ‘pengajaran buat mereka’.

Price tidak menyebut mana-mana negara, namun China merupakan sekutu utama Korea Utara, termasuk menjadi rakan ekonomi.

“Sudah terang lagi bersuluh, Korea Utara mencabuli resolusi PBB mengenai senjata nuklear.

“Tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau, selain menimbulkan ancaman keselamatan buat penduduk awam,” ujarnya. – AFP

 

The post AS gesa antarabangsa ketatkan sekatan terhadap Korea Utara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *