WASHINGTON: Satu data baharu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menjadi negara pertama di dunia mencapai 100 juta kes jangkitan Covid-19.  

Lapor Daily Mail, data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di AS mencecah sembilan angka pada 21 Disember tahun lalu.

Dilaporkan, setakat ini, jumlah kes jangkitan Covid-19 di AS adalah sebanyak 100,759,219 kes. 

Berdasarkan pangkalan data penyelidikan OurWorld Data, India mempunyai jumlah kes jangkitan kedua tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 44 juta kes Covid-19, diikuti Perancis merekodkan 39 juta kes.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 yang didedahkan itu tidak mengambil kira saiz populasi negara berkenaan.

“Sekiranya, jumlah penduduk diambil kira, maka AS akan berada pada kedudukan ke-58 di seluruh dunia.

“Tindakan membuat perbandingan kes Covid-19 antara negara adalah sukar kerana ia menggunakan pendekatan pengumpulan data dan ujian saringan yang berbeza,” jelas laporan itu.

Menurut laporan itu, China telah menjalankan lebih banyak ujian saringan berbanding AS dengan masing-masing mencatatkan sekitar 9 bilion dan 900 juta kali.

“Namun, Beijing dan beberapa negara lain seperti Russia didakwa tidak mendedahkan jumlah sebenar kes Covid-19 untuk menyembunyikan fakta bahawa kerajaan bergelut menangani wabak itu,” jelas laporan itu.

The post AS negara pertama capai 100 juta kes Covid-19  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *