LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang hampir meninggalkan Chelsea dan menyertai kelab Amerika Syarikat (AS), Los Angeles FC selepas bergelut untuk memberi impak sejak perpindahannya dari barcelona pada musim panas lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu juga digugurkan daripada skuad Liga Juara-Juara minggu lalu bagi memberi laluan kepada Joao Felix, Mykhailo Mudryk dan Enzo Fernandez.

Berikutan keputusan Chelsea yang menandatangani lima penyerang baharu pada jendela perpindahan bulan lalu, peluang Aubameyang bermain kelihatan sangat berkurangan.

Menurut Le10 Sport, Chelsea kini telah mencapai persetujuan untuk meminjamkan bintang Gabon itu kepada Los Angeles FC untuk baki kempen.

Laporan itu mendakwa hanya butiran akhir yang tinggal sebelum perjanjian itu selesai, manakala Aubameyang perlu bersetuju untuk menyertai pasukan Liga Bola Sepak Utama (MLS) itu.

Aubameyang hanya menjaringkan tiga gol dalam 17 penampilan sejak menyertai Chelsea dalam perjanjian 10.3 juta pound (RM53.5 juta), September lalu.

Dia ditandatangani atas permintaan Thomas Tuchel, yang kemudian dipecat oleh Chelsea hanya beberapa hari selepas penyerang itu berpindah ke Stamford Bridge.

Sementara itu, musim baru MLS dijangka bermula akhir bulan ini, di mana Los Angeles FC akan membuka kempen dengan menentang Los Angeles Galaxy pada 26 Februari. – AGENSI

The post Aubameyang kian hampir serta Los Angeles appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *