CANBERRA: Australia menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel yang pernah dibuat kerajaan terdahulu negara ini.

Menteri Luar, Penny Wong berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese komited dengan usaha antarabangsa ke arah penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.

“Hari ini, kerajaan telah mengesahkan pendirian Australia sebelum ini dan sejak sekian lama bahawa Baitulmaqdis adalah isu status terakhir yang harus diselesaikan melalui rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin,” katanya.

Menurut Wong, kedutaan Australia akan tetap berada di Tel Aviv dan tidak akan memberi sokongan terhadap usaha yang boleh menghalang prospek keamanan di kawasan tersebut.

Keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel diambil oleh kerajaan bekas Perdana Menteri, Scott Morrison pada 2018.-AGENSI

The post Australia tarik balik pengiktirafan ibu negara Israel appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *