PETALING JAYA: “Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam!”

Demikian luahan ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di InstaStory, hari ini.

Patimah yang turut memuat naik gambar cucu-cucunya, Syaikul Islam dan Summayah meluahkan perasaan kurang senang seolah-olah ditujukan kepada isteri kedua anaknya itu, Ira Kazar.

“Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidup nya!” tulis isteri kepada penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tersebut.

Syamsul, 38, minggu lalu menggemparkan peminat apabila mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira di Thailand berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran, Kazar Saisi.

Patimah sebelum ini kerap meluahkan bayangan ketidaksenangan hatinya terhadap isteri kedua anaknya itu dan menyatakan sokongan terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mencetuskan pelbagai kontroversi dan dakwaan sehingga Syamsul akhirnya membuka mulut mengesahkan perkahwinannya dengan Ira.

Difahamkan, Puteri Sarah bakal menfailkan perceraian di mahkamah, Isnin ini.

The post Ayah mereka dirampas perempuan kejam – Patimah Ismail appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *