PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kembali menerajui portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pula dilantik sebagai Menteri Agama menggantikan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menggantikan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Senarai Kabinet itu diumumkan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, petang ini. –UTUSAN

The post Azalina kembali terajui portfolio Undang-Undang, Rafizi Ekonomi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *