TANAH MERAH: Kampung Peralla di sini meluahkan kebimbangan apabila anjing liar dan babi hutan dari kawasan hutan berhampiran merosakkan tanaman selain batu nisan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Mukim Peralla sejak lebih setahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan banyak tanaman dan batu nisan di kawasan tersebut musnah akibat perbuatan kumpulan haiwan-haiwan tersebut. Wakil penduduk Kampung Peralla, Zamzuri Ariffin berkata, situasi tersebut turut mengundang kebimbangan kepada penduduk kampung terutamanya jika ada urusan pengebumian.

Selain itu, kebanyakan penduduk yang sering melalui kawasan itu juga takut sekiranya kumpulan anjing dan babi hutan menyerang mereka.

“Kita dapat mengenal pasti kehadiran anjing dan babi hutan itu selepas melihat banyak najis-najis haiwan tersebut sekali gus mencemarkan kawasan sekitar tanah perkuburan.

“Setakat ini, masih belum ada kes penduduk di sini diganggu atau disondol anjing dan babi hutan tetapi, kehadiran haiwan- tersebut jelas memusnahkan tanaman dan batu nisan di situ,” katanya.

Penduduk berharap pihak berwajib memasang pagar di sekeliling tanah perkuburan bagi mencegah haiwan liar masuk ke kawasan tersebut. Pemasangan pagar itu dilihat satu langkah terbaik untuk menjaga kebersihan selain mengelakkan tanaman dan batu nisan terus dirosakkan.

Ketua Wanita Sahabat Mukim Peralla, ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merujuk masalah itu kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan ia berada dalam pemerhatian pihak terbabit.-UTUSAN

The post Babi rosakkan tanaman, batu nisan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *