Pada 6 Januari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaacob Latiff hari ini mencadangkan Baitulmal dijadikan institusi kewangan dan diberi kuasa melabur untuk menolong meninggikan taraf hidup masyarakat Islam yang memerlukan bantuan.

Katanya, Baitulmal yang mendapat sumber kewangan dari pungutan zakat dan sumber-sumber wang dari harta wakaf, boleh memainkan peranannya menolong kerajaan dalam usaha mengukuhkan ekonomi orang-orang Islam di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

6 Januari 1977 – Sebuah cokmar yang melambangkan kehormatan Dewan Negeri Pahang akan digunakan buat pertama kali dalam sejarah negeri ini apabila dewan bakal memulakan sidang penggal pertamanya bulan Mac depan.
6 Januari 1978 – Seniman Robert Redford dan Seniwati Barbra Streisand dipilih sebagai bintang filem paling popular untuk tahun 1977.
6 Januari 1979 – Brunei akan menandatangani satu perjanjian dengan Britain di Istana Bandar Seri Begawan Ahad ini yang akan memberi kemerdekaan penuh kepada Brunei akhir tahun 1983.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Baitulmal disaran jadi institusi kewangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *