TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati antara kawasan terlibat ialah Jalan Pasar; Jalan Selat; Jalan Mahkota; Jalan Bandar; Jalan Putra; Jalan Pasir Bedamar; Jalan Woo Saik Hong; Jalan Wak Keng Jooi; Jalan Sungai Nibong; Kampung Durian Sebatang; Kampung Kilang Padi; Kampung Beca dan Tanam Eastern Garden .

Selain itu, padang Majlis Perbandaran Teluk Intan; Jalan Mahkamah; Pejabat Pos Teluk Intan; Bangunan SKOM Teluk Intan; restoran Tepian Udang Galah dan Dataran JPS juga dinaiki air.

Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd  Ismail Mohd Yunus berkata,  kawasan yang dinaiki air di kawasan bandar adalah kawasan rendah dan ada kawasan dinaiki air sehingga dua hingga tiga kaki.

“Fenomena Air pasang besar bermula berlaku pada 23 sehingga 26 november  ini dan setakat ini tidak ada pemindahan mangsa dilakukan  kerana air surut dengan cepat.

“Di bandar Teluk Intan, air mula naik  pagi ini kira-kira  pukul 6 pagi dan surut pukul  8.30 pagi,” katanya. –UTUSAN

The post Bandar Teluk Intan dinaiki air, alami fenomena air pasang besar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *