KUALA SELANGOR: Sebanyak enam rumah di Jalan Bukit Panjang, Simpang 3 Jeram di sini, terjejas akibat banjir, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan seramai 30 mangsa daripada enam keluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pemantauan mendapatk aras air di kawasan itu berada pada kedalaman kira-kira 0.3 meter.

“Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram.

“Seramai 17 daripada mereka dipindahkan dengan selamat oleh bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, paras air mula surut setakat ini namun masih terdapat takungan.

Tambah Norazam, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan berikutan hujan masih tidak menentu di daerah ini termasuk Tanjong Karang. –UTUSAN

The post Banjir: Enam rumah terjejas di Jeram appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *