MANILA: Hampir 46,000 orang diarahkan berpindah dari rumah mereka berikutan bencana banjir yang berlaku selepas hujan lebat melanda Mindanao di selatan Filipina.

Setakat ini, dua dilaporkan maut di pekan Jimenez dan sembilan hilang, selain menjejaskan sambutan perayaan Krismas.

Menurut petugas pertahanan awam, Robinson Lacre, di sesetengah kawasan, air banjir separas dada orang dewasa dan keadaan itu dijangka berterusan beberapa hari lagi biarpun hujan mulai reda.

Pasukan penyelamat pula memaklumkan, lebih dua dozen keluarga diselamatkan di bandar Ozamiz dan pekan Clarin berikutan banjir semakin tinggi.

Sejumlah imej yang dikongasi pasukan penyelamat menunjukkan penduduk termasuk kanak-kanak diselamatkan dari rumah mereka.

Bahagian tengah dan selatan Filipina dilanda cuaca buruk ketika orang ramai mula bercuti untuk menyambut Krismas dan sambutan Tahun Baharu.

Dalam tempoh tersebut, jutaan penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkumpul bersama keluarga tersayang.

Dalam pada itu, angin kencang dan laut bergelora menyebabkan sebuah bot nelayan karam di tengah pulau Leyte, menyebabkan dua anak kapal maut dan enam lagi diselamatkan. – AFP

The post Banjir landa Mindanao, 46,000 penduduk diarahkan berpindah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *