SHAH ALAM: Penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, dinasihatkan meletakkan kenderaan mereka di kawasan tinggi.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan ini sebagai salah satu langkah sekiranya berlakunya banjir di kawasan tersebut.

“Untuk makluman, tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda dibuka kepada orang ramai untuk meletakkan kenderaan,” katanya dalam laman rasmi Facebooknya, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan terdapat kenaikan paras air di kawasan tersebut.

Namun menurutnya, kenaikan air masih dalam terkawal dan tidak terlalu tinggi setakat ini.

“Beberapa anggota daripada beberapa bahagian Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah membuat tinjauan sejak petang tadi,” ujarnya ketika dihubungi. – UTUSAN

The post Banjir: Letak kenderaan di tempat tinggi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *