PELAKON, Siti Khadijah Halim berharap dapat membantu mana-mana penggiat seni yang terkesan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Pelakon berusia 26 tahun itu berkata, bukan semua bersedia untuk berdepan situasi ekonomi yang diramalkan lebih menguji pada 2023.

Justeru, dia berazam untuk sama-sama membantu rakan industri yang mungkin terjejas akibat situasi tersebut.

“Bidang seni kemungkinan besar bakal menerima tempias yang mengakibatkan ramai terjejas dari segi pendapatan.

“Kalau diberi rezeki lebih, saya berhasrat membuka syarikat produksi dan memanggil rakan industri yang memerlukan untuk bekerja.

“Kita perlu saling tolong menolong antara satu sama lain ketika mengharungi detik sukar,” katanya.

Kata pelakon drama Dukun Diva itu lagi, dia juga mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dalam setiap segi pada 2023.

“Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, malah berharap menjadi contoh dan inspirasi buat anak muda lain.

“Ada peminat mengagumi pencapaian saya dan mahu mengikut jejak langkah. Saya gembira dengan reaksi positif yang diterima dan mahu orang lain juga mencatat kejayaan sama. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada mereka,” jelasnya.

The post Bantu rakan industri harungi detik sukar – Siti Khadijah Halim appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *