PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempunyai banyak peluang dan potensi baharu bagi meneruskan usaha membangunkan sosio ekonomi Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya banyak perkara yang telah dilakukan oleh agensi itu bagi membantu rakyat.

Kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu lagi, Mara mempunyai potensi baharu bagi meneruskan usaha sebagai agensi membangunkan sosio ekonomi khususnya dalam kalangan Bumiputera.

“Menghadiri sesi taklimat bersama Pengurusan Majlis Amanah Rakyat di Kuala Lumpur. Banyak perkara yang dibincangkan dan diperhalusi bagi memberi nilai tambah terhadap usaha-usaha dalam menerajui bidang-bidang seperti keusahawanan, pendidikan, korporat dan pelaburan. 

“Saya percaya banyak perkara yang telah dilakukan oleh Mara bagi membantu rakyat dan saya percaya banyak jua peluang juga potensi baharu yang boleh diterokai Mara bagi meneruskan usaha sebagai agensi membangunkan sosio ekonomi bumiputera,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. -UTUSAN

The post Banyak potensi Mara bangunkan Bumiputera – Ahmad Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *