DOHA: Barcelona bakal mencipta sejarah Piala Dunia 2022 apabila 17 pemainnya akan membarisi pasukan kebangsaan masing-masing.

Seorang penjaga gol, enam pemain pertahanan, empat pemain tengah dan enam pemain penyerang membentuk armada Barcelona di Qatar.

Lapan pemain Barcelona akan beraksi dengan pasukan Sepanyol, selain Perancis, Denmark, Poland, Belanda dan Brazil.

Dengan Alejandro Balde bersedia menggantikan Jose Gaya yang cedera, Barcelona akan memecah rekod dalam Piala Dunia.

Alejandro Balde

Barisan pemain Barcelona yang akan beraksi di Qatar terdiri daripada Marc-Andre ter Stegen (Jerman), Ronald Araujo (Uruguay), Andreas Christensen (Denmark), Jules Kounde (Perancis) dan Jordi Alba (Sepanyol).

Begitu juga Eric Garcia (Sepanyol), Balde (Sepanyol), Sergio Busquets (Sepanyol), Pedri (Sepanyol), Gavi (Sepanyol), Frenkie De Jong (Belanda), Ferran Torres (Sepanyol) serta Ansu Fati (Sepanyol).

Tidak ketinggalan Memphis Depay (Belanda), Robert Lewandowski (Poland), Ousmane Dembele (Perancis) dan Raphinha (Brazil) membentuk legasi Barcelona yang ‘bertebaran’ di Qatar.

Bayern Munich dan Manchester City, masing-masing membekalkan 16 pemain, diikuti kelab Qatar, Al-Sadd (15), Manchester United (14) dan Real Madrid (13).

Keadaan itu pastinya memberikan sedikit kesan buat pe­ngendali Barcelona, Xavi Hernandez apabila liga domestik kembali bersambung selepas tamat tugasan antarabangsa.

Isu kecederaan dan keletihan antara yang paling kerap membelenggu pemain-pemain ini sebaik sahaja Piala Dunia berakhir. – AGENSI

The post Barcelona juara Piala Dunia 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *