KARACHI: Sekurang-kurangnya 18 mangsa banjir maut selepas bas yang dinaiki mereka untuk dibawa pulang ke rumah terbakar, di selatan Pakistan.

Tragedi itu berlaku di lebuh raya M-9 yang menghubungkan bandar pelabuhan Karachi dengan bandar Hyderabad dan Jamshoro di wilayah Sindh.

“Setakat ini, 18 penumpang maut dalam kemalangan itu manakala 10 yang cedera dirawat oleh pasukan penyelamat,” kata Setiausaha Kesihatan Parlimen, Siraj Qasim Soomro.

Kira-kira 35 orang menaiki bas berkenaan termasuk kanak-kanak, yang dikhaskan untuk membawa pulang mangsa banjir kembali ke kampung halaman selepas air surut.

“Mereka yang menaiki bas adalah mangsa terjejas akibat banjir yang berpindah ke suatu tempat di luar lebuh raya dan mereka dalam perjalanan pulang ke daerah Dadu,” kata Pesuruhjaya Daerah Jamshoro, Asif Jameel, kepada Reuters.

Kata Jameel, mereka menggunakan pengangkutan persendirian untuk tujuan itu dan daerah Dadu adalah antara yang paling teruk dilanda banjir di wilayah Sindh. – REUTERS

The post Bas bawa mangsa banjir pulang ke rumah terbakar, 18 maut appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *