KUALA PILAH: Bau busuk dari sebuah rumah di Rumah Rakyat Dangi, di sini, pagi tadi membawa kepada penemuan mayat salah seorang warga emas di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima makluman awal kematian tersebut membabitkan seorang lelaki warga emas, Md Nor Dahalan, 67, yang tinggal berseorangan.

Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, warga emas tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu dan kematiannya disahkan oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Johol.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini h bagi proses bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

 

The post Bau busuk bongkar kematian warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *