PELAKON, Ruhainies pula berpendapat, isu bayaran tidak setimpal kerja sudah menjadi topik ‘basi’ yang sering kali diulang canang, namun tiada sebarang penyelesaian.

Jelasnya, bukan tiada artis yang bersuara, namun sebahagian mereka sudah penat mengharapkan pembaharuan dalam isu bayaran tidak setimpal kerja .

“Masalah bayaran tidak setimpal kerja bukan perkara baru. Orang luar mungkin melihat kami hidup senang, tetapi realitinya, sepanjang lapan tahun dalam industri seni, bayaran diterima tetap sama.

“Tidur tiga empat jam sahaja, tetapi bayaran tetap sama dari dulu sampai sekarang. Saya harap industri seni lebih menghargai pelakon, khususnya mereka yang berpengalaman.

“Bukan minta naik keterlaluan, tetapi biarlah berpatutan dan sesuai dengan kudrat serta kerja. Bayaran yang adil untuk semua. Namun, untuk salahkan mana-mana pihak juga tidak adil kerana kita tidak tahu kesukaran masing-masing,” katanya.

Ruhainies berkata, dia pernah bekerja dengan pelbagai syarikat produksi dan bersyukur apabila menerima layanan baik, selain mudah untuk berurusan serta berbincang.

“Bagi saya, syarikat produksi di negara ini banyak yang boleh dibawa berbincang. Tidak tahulah kalau pelakon lain pernah berdepan pengalaman pahit dengan mana-mana produksi. Setakat ini, Alhamdulillah, saya tiada masalah.

“Saya hanya mampu cakap, setiap kita baik produksi atau pelakon mempunyai struggle masing-masing. Dalam isu bayaran, masing-masing ada jawapan. Semua pihak perlu berbincang dan bertoleransi dalam perkara ini,” ujarnya.

The post Bayaran masih sama seperti lapan tahun dulu – Ruhainies appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *