TUMPAT: Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi nekad untuk terus berbakti kepada rakyat meskipun beliau bukan lagi Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

Che Abdullah berkata, beliau berlapang dada dan terbuka menerima kekalahan tersebut serta akan terus membantu rakyat di kawasan berkenaan sama ada melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik.

“Apa yang saya mahu ialah berbakti kepada rakyat menerusi jalinkan silaturahim, penyatuan tanpa mengira fahaman politik.

“Saya ada NGO iaitu Yayasan Datuk Che Abdullah Al-Lambori dan mempunyai koperasi. Dengan ruang ini boleh saya gunakan untuk terus berbakti kepada rakyat nanti,” katanya ditemui pada Majlis Kesyukuran di Kediamannya di Taman Mimi Kota Kubang Labu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada beliau akan menjadi ahli UMNO, Che Abdullah memberitahu, beliau mahu fokus berbakti kepada rakyat.

Katanya, penglibatan dalam politik selama ini bukan mahu mengejar jawatan atau pangkat semata-mata sebaliknya mencari ruang yang terbaik untuk berbakti kepada rakyat.

Pada PRU15 lalu, Che Abdullah yang bertanding atas tiket BN tewas ditangan wakil Pas Datuk Mumtaz Md. Nawi  (Pas) dengan majoriti majoriti 34,793. – UTUSAN

The post Bekas calon BN PRU15 nekad berbakti pada rakyat  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *