Pada 25 November 1974, Utusan Malaysia melaporkan pihak berkuasa tentera Habshah mengumumkan seramai 61 orang bekas menteri dan pegawai kerajaannya menjalani hukuman mati malam tadi.

Mereka yang ditembak adalah antara kira-kira 200 bekas menteri, pegawai kerajaan, gabenor wilayah dan hakim yang ditahan di bilik-bilik kurungan di Istana Besar kerana menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Antara peristiwa lain yang menarik

25 November 1972 – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengurangkan denda daripada RM1 juta kepada RM500,000 atau hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pemandu van dari Thailand yang didapati bersalah membawa masuk emas ke negeri ini.
25 November 1974Sewa rumah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya naik antara 25 hingga 50 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.
25 November 1979 – Pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat mengetepikan lawak jenaka buat sementara waktu demi untuk bertugas dengan lebih serius sebagai Pegawai Seranta Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Pelabuhan Klang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Bekas menteri, pegawai kerajaan dihukum tembak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *