DOHA: Antara wira skuad Jepun yang harus diangkat dalam memacu kejayaan pasukan itu melakar kemenangan ke atas Jerman dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia 2022 merupakan penjaga gol, Shuichi Gonda yang berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi lebih banyak oleh jentera serangan Die Mannschaft.

Walaupun gawang Jepun dibolosi menerusi sepakan penalti Ikay Gundogan pada babak pertama permainan, penjaga gol berusia 33 tahun itu berjaya menepis sekurang-kurangnya empat percubaan berbahaya Jerman pada separuh masa kedua.

Aksi cemerlangnya itu turut memberikan keyakinan buat jentera serangan untuk mengasak kubu Jerman, dan mereka berjaya meledak dua gol menerusi Ritsu Doan dan Asano dalam tempoh lapan minit untuk memastikan mereka memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan.

Penjaga gol Jepun Shuichi Gonda ketika melakukan sepakan gol ketika menentang Jerman di Stadium Antarabangsa Khalifa (AFP)

Gonda, kini beraksi dengan pasukan Shimizu S-Pulse di Liga Jepun pernah sepasukan dengan penyerang negara, Safawi Rasid di Portimonense S.C di Liga Portugal ketika musim 2020.

Gonda mula membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Jepun pada 2010 mula mendapat kepercayaan untuk menggantikan Eiji Kawashima pada 2019 dan sejak itu kerap dijadikan taruhan benteng terakhir skuad samurai biru itu diperingkat antarabangsa.

Jepun selepas ini bakal bertemu Costa Rica pada Ahad dan kemenangan bakal mencerahkan lagi peluang mereka ke peringkat seterusnya.

The post Bekas rakan sepasukan Safawi Rasid, Gonda dijulang wira jepun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *