PETALING JAYA: Polis menyiasat kes seorang  lelaki iaitu bekas suami kepada penyanyi dangdut yang  membelasah seorang wanita dengan videonya tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata,  pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan tindakan lanjut sedang dilakukan.

“Saya sahkan mengenai kejadian ini dan kita telah buka kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Zaid tidak memperincikan butiran lanjut tindakan ke atas lelaki itu dan mangsa yang didera.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang berkali-kali di muka serta badan.

Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular sejak semalam.

Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.

“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.

“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut dibantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya. – UTUSAN

The post Bekas suami kepada penyanyi dangdut pukul wanita disiasat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *