PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkasakan peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk membantu peniaga kecil dengan pengetahuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan e-Dagang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum berakhir tahun ini, kerajaan akan memastikan terdapat kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagi menyokong aktiviti automasi dan pendigitalan perniagaan, sejumlah RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan penjaja kecil.

“Geran padanan sehingga RM5,000 akan dibayar kepada PKS dan penjaja kecil yang melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan seperti sistem jualan Pos, perakaunan atau pengurusan inventori,” katanya.

Sementara iu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai dana pembiayaan untuk membantu perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada aspek operasi mereka. – UTUSAN

The post Belanjawan 2023: Kerajaan perkasa PEDi untuk peniaga kecil appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *