DOHA: Belgium menarik nafas lega apabila berjaya melakar kemenangan tipis ke atas Kanada dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmed bin Ali, Qatar.

Bagaimanapun gol yang dicari Belgium hadir pada lewat permainan separuh masa pertama menerusi Michy Batshuayi pada minit ke 44.

Kedua-dua pasukan kian agresif menyerang satu sama lain di babak kedua, bagaimanapun tiada pertambahan jaringan dapat disaksikan, dan keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Belgium kini menerajui Kumpulan E setelah Maghribi dan Crotia terpaksa berkongsi satu mata seri melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan.

The post Belgium menang tipis 1-0 ke atas Kanada appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *