LONDON: Everton memecat Frank Lampard sebagai pengurus pasukan kurang setahun selepas dia mengambil alih kelab yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris.

Lampard dilantik menggantikan Rafael Benitez pada 31 Januari 2022, tetapi tidak sampai 12 bulan kemudian, Everton kini mencari pengurus lain.

Bekas bos Chelsea itu berjaya mengekalkan Everton dalam senarai teratas musim lalu, dengan kebangkitan dramatik 3-2 ke atas Crystal Palace pada perlawanan kedua terakhir mereka.

Begitupun selepas mengharungi 20 perlawanan musim ini, mereka menduduki tangga ke-19 dengan 15 mata berikutan kekalahan 2-0 kepada West Ham, Sabtu lalu.

Mereka tewas lapan daripada sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

#EFC can confirm that Frank Lampard has left his post as Senior Men’s First Team Manager today.

Paul Tait and Leighton Baines will take training until a new manager is appointed.

— Everton (@Everton) January 23, 2023

Pengurus Everton seterusnya akan menjadi pelantikan tetap ketujuh mereka sejak Farhad Moshiri, yang turut hadir di Stadium London, Sabtu lalu membeli kelab pada 2016.

Selepas perlawanan itu, Moshiri memberitahu Sky Sports keputusan mengenai masa depan Lampard tidak terletak di tangannya.

Rekod Lampard adalah buruk. Dia hanya memenangi sembilan daripada 38 perlawanan Liga Perdana. – AGENSI

 

The post Bergelut di tangga kedua tercorot, Everton pecat Lampard appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *