KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diingatkan bahawa pemberian wang tunai kepada pengundi untuk ‘membeli undi’ semasa pilihan raya umum bukan sedekah, sebaliknya berbentuk sogokan atau rasuah. 

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, sedekah tidak mempunyai timbal balas jika benar-benar ikhlas memberi kepada orang yang memerlukannya.

“Janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi. Jika rasuah pengundi ini halal, ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama sedekah untuk menang pilihanraya? 

“Dan sebelum pilihan raya atau semasa dalam kerajaan, untuk beri sedekah ini, mereka ambil rasuah dari projek kerajaan untuk guna duit itu bagi tujuan merasuah dan ‘sedekah’ pengundi untuk menang pilihan raya untuk membentuk kerajaan dan mendapat jawatan kerajaan. 

“Benar politik memerlukan wang. Namun jika inilah sistem sedia ada, ia adalah sistem amat buruk, perlu diubah dan bukannya dibuat dengan lebih teruk umpama politik wang dalam steroid seperti yang dilakukan oleh PN (Perikatan Nasional) dalam pilihan raya dan semasa menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan. 

ISHAM JALIL

Isham berkata, negara memerlukan reformasi berhubung pendanaan politik supaya golongan muda tidak terlibat dalam politik jika jika mempunyai niat dan perjuangan yang baik tanpa perlu mengambil rasuah. 

“Jika tidak, hanya orang-orang kaya atau perasuah boleh berjaya dalam politik dan menentukan dasar-dasar untuk rakyat dan negara. Orang yang ikhlas, baik dan tidak kaya raya tidak berpeluang melawan duit ‘sedekah’ perasuah-perasuah kaya untuk berjaya dalam politik,” katanya. 

Abdul Hadi sebelum ini mempertahan pengagihan wang tunai oleh parti itu kepada pengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah ‘sedekah’ dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Beliau juga dilapor sebagai berkata, peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi. – UTUSAN

 

The post Beri duit kepada pengundi bukan ‘sedekah’, tapi rasuah – Isham Jalil  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *