GENEVA: Sebentuk cincin istimewa bertatah berlian merah jambu terang berbentuk buah pear yang jarang ditemui dijual pada harga AS$28.8 juta (RM135 juta) di Switzerland kelmarin.

Jualan tersebut dibuat dalam sesi lelongan barang-barang kemas dan perhiasan yang jarang ditemui, Christie’s Auction di Geneva kelmarin.

Berlian unik diberi nama ‘Pink Fortune’ itu mempunyai berat 18.18 karat yang disifatkan nombor bertuah bagi ramai pengumpul barangan dari Asia.

“Warnanya luar biasa. Ia adalah merah jambu yang terang dan batu yang bersih. Ia benar-benar permata asli dan sesuatu yang sudah lama tidak kami lihat di Christie’s.

“Jumlah beratnya juga sangat istimewa dan mempunyai peminat yang besar hampir di seluruh dunia,” kata Ketua Jabatan Barang Kemas Christie di Geneva, Max Fawcett.

Berlian merah jambu terang terbesar pernah dijual di Christie’s Auction yang diberi nama ‘Winston Pink Legacy’.

Berlian seberat 18.96 karat itu dijual pada harga AS$50.4 juta (RM237 juta) pada tahun 2018 yang merupaka harga tertinggi yang pernah dicatatkan bagi penjualan berlian merah jambu dalam sesi lelongan.-AGENSI

The post Berlian merah jambu unik dijual RM135 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *