JAMESTOWN: Seekor kura-kura yang diberi nama Jonathan menyambut ulang tahun ke-190 hari ini, sekali gus menjadikannya sebagai haiwan darat tertua di dunia.

Kura-kura gergasi Seychelles itu kini tinggal di Saint Helena sejak 1882, selepas diberikan sebagai hadiah kepada gabenor pulau kecil Atlantik selatan ketika itu.

Jonathan sebelum ini pernah memegang dua rekod Dunia Guinness iaitu haiwan darat tertua yang masih hidup dan kura-kura tertua dari spesies chelonian.

Disifatkan sebagai haiwan yang sensitif, kura-kura itu pernah dipasangkan dengan seekor kura-kura betina yang dinamakan Frederica.

Namun, selepas 26 tahun ‘bersama’ pasangan kura-kura itu masih tidak bertelur menyebabkan pakar haiwan buntu.

Segala persoalan akhirnya terjawab selepas pakar mengesahkan Frederica sebenarnya adalah kura-kura jantan.

Pada November tahun lalu, pihak berkuasa tempatan menetapkan tarikh 4 Disember setiap tahun sebagai ulang tahun kelahirannya.

Haiwan itu dipercayai wujud sejak 1832.

The post Berusia 190 tahun, Jonathan haiwan darat tertua dunia yang masih hidup appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *