PETALING JAYA: Sebuah bilik dalam kediaman di tingkat lapan kondominium di Bukit Jalil dekat sibu terbakar, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.22 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Mohd. Faizul Hizam Deraman berkata,  setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah melibatkan sebuah bilik. 

“Anggota Bomba bertungkus lumus cuba mengawal api yang sedang marak. 

“Kebakaran akhirnya berjaya dikawal pada pukul 10.50 malam dan dipadamkan sepenuhnya selepas lima minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, ujarnya,  kejadian tidak melibatkan mangsa. 

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada 11.10 malam dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN

The post Bilik dalam kondominium di Bukit Jalil terbakar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *