KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya menyifatkan keputusan pilihan raya umum kali ini sebagai suatu isyarat besar rakyat terhadap BN.

Bagaimanapun, katanya, BN akan terus komited memberi sumbangan dalam usaha melihat kewujudan sebuah kerajaan yang stabil.

“Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen sebelum ini. Malah, BN juga sentiasa komited untuk melihat hubungan baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. 

“Kami bersedia menjadi jambatan untuk mengukuhkan hubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN  akan memberi tumpuan dalam mengembalikan kekuatan parti dalam masa terdekat.

“Tumpuan itu terutama sekali bagi menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya. – UTUSAN  

 

The post BN hormati keputusan rakyat  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *