MARANG: Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin mampu melakukan kejutan dengan memenangi bebebera kerusi Parlimen yang menjadi kubu kuat Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 Nov ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kemenangan tersebut mampu dicapai berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima dalam tempoh seminggu kempen berlangsung.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap UMNO (BN) sepanjang kempen memberangsangkan. Orang BN dan ramai orang Pas secara terbuka dan senyap-senyap nak mengundi BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program sarapan pagi bersama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Kampung Sungai Kerak di sini, hari ini.

Ahmad sebelum ini menyasarkan menawan  Parlimen termasuk Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Bagaimanapun, beliau yang juga calon BN Parlimen Kemaman berkata, beliau enggan mendedahkan kerusi Parlimen yang bakal berlaku kejutan  tersebut atas faktor strategi.

“Yang empat (Parlimen) sasaran kita dan mungkin ada tambahan. Mungkin kejutan berlaku di Terengganu, insya-Allah.

“Di Marang saya tak tahu, tetapi mungkin juga boleh berlaku,” ujarnya. –UTUSAN

The post BN Terengganu mahu lakukan kejutan menang kerusi kubu kuat Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *