PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganjurkan Majlis Perbarisan Tahunan bertempat di Ibu Pejabatnya di Putrajaya, pukul 2 petang esok. 

Majlis Perbarisan Tahunan itu disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Dalam majlis sama, JPM turut menyampaikan sijil penghargaan media bagi menghargai mereka yang membuat liputan semasa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting, Disember lepas. 

Ia dalam masa sama bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti pengamal media yang meningkatkan imej jabatan itu dalam penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang berimpak tinggi. 

Lebih 10 wakil media daripada pelbagai agensi seluruh negara dijangka menerima sijil penghargaan tersebut. –utusan

 

The post Bomba anjur Majlis Perbarisan Tahunan, majlis hargai media esok appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *