KOTA KINABALU: Kejadian gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala richter yang berlaku di Kunak semalam tidak mengakibatkan sebarang kemalangan atau kerosakan pada struktur bangunan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, biarpun tiada sebarang panggilan kecemasan diterima namun, pasukan bomba ada melakukan pemantauan di sekitar daerah tersebut.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, tiada kemalangan mahupun kerosakan yang berlaku.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan, pihaknya mendapati tiada sebarang kerosakan pada mana-mana struktur bangunan yang diperiksa.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan berlaku gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer yang dilaporkan berlaku pada pukul 11.10 malam.

Gegaran akibat gempa bumi lemah itu bagaimanapun hanya dirasai di sekitar daerah Kunak. –UTUSAN

 

The post Bomba pantau kawasan gempa bumi Kunak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *