ALOR SETAR: Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menanggalkan sebentuk cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.45 tengah malam.

“Pada pukul 12.45 tengah malam Kawalan BBP Alor Setar terima panggilan kecemasan dan Khidmat Jentera K1-02 BBP Alor Setar bergerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian didapati terdapat seorang pesakit lelaki berumur 29 tahun di mana terdapat cincin di bahagian kemaluan.

“Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan khas memotong cincin pada kemaluan lelaki tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, proses berkenaan dilakukan secara berhati-hati untuk memastikan tidak berlaku sebarang kecederaan. – UTUSAN

The post Bomba tanggal cincin tersangkut pada kemaluan lelaki appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *