LONDON: Bekas Perdana Menteri, Boris Johnson menarik diri daripada pertandingan untuk kembali menjadi Perdana Menteri Britain, walaupun mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mara ke peringkat seterusnya tetapi lebih rendah daripada jumlah diperoleh bekas Menteri Kewangan dan calon kegemaran ramai, Rishi Sunak,

“Terdapat peluang yang sangat baik bahawa saya akan berjaya dalam pemilihan dengan ahli Parti Konservatif – dan saya sememangnya boleh kembali semula ke Downing Street.

“Namun, akhirnya saya terpaksa buat keputusan bahawa ini bukanlah perkara yang betul untuk dilakukan. Anda tidak boleh mentadbir dengan berkesan melainkan anda mempunyai parti yang bersatu padu di Parlimen,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Johnson, yang tidak pernah secara rasmi mengumumkan hasratnya untuk kembali ke Downing Street, menghabiskan hujung minggu cuba memujuk Ahli Parlimen Konservatif untuk menyokongnya dan mendakwa sudah mendapat sokongan 102 daripada mereka.

Beliau memerlukan sokongan 100 Ahli Parlimen untuk meneruskan ke peringkat seterusnya, yang akan menyaksikan beliau berdepan menentang Sunak dalam undian oleh 170,000 ahli Parti Konservatif.

Sunak, yang peletakan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pada Julai lalu, membantu mempercepatkan kejatuhan Johnson, sudah melepasi ambang 100 undian yang diperlukan untuk maju ke peringkat seterusnya, apabila mendapatkan 142 sokongan, menurut Sky News.

Beliau akan dinamakan ketua Parti Konservatif sekali gus menjadi Perdana Menteri melainkan calon Penny Mordaunt mencapai sokongan melebih 100 Ahli Parlimen.

Buat masa ini, Mordaunt mempunyai 24 sokongan. – REUTERS

The post Boris Johnson tarik diri jadi calon Perdana Menteri Britain appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *