DOHA: Croatia menyifatkan Brazil lawan ‘mengerikan’ dan kualiti pemain mereka membolehkan negara itu membentuk dua pasukan kuat dalam Piala Dunia.

Bagaimanapun di sebalik rasa hormat terhadap juara dunia lima kali itu, Croatia percaya, mereka sendiri memiliki pe­ngalaman untuk menampilkan aksi terbaik apabila berdepan Brazil di suku akhir hari ini

Croatia membariskan seba­hagian besar tonggak yang membawa mereka muncul naib juara Piala Dunia 2018, diketuai perancang utama Real Madrid, Luka Modric, Mateo Kovacic, Ivan Perisic, Dejan Lovren, Dominik Livakovic, Andrej Kramaric dan Marcelo Brozovic.

“Brazil pasukan pilihan sebelum kejohanan bermula, mereka ada ramai pemain berkua­liti hingga boleh membentuk dua pasukan kuat dalam Piala Dunia.

“Mana-mana pemain gantian mereka boleh masuk dan memberi impak segera. Kami menghormati semua orang dan itulah cara kami bekerja.

“Begitupun, kami juga ada barisan berpengalaman yang tahu apa perlu dilakukan di pentas besar,” kata bek tengah Croatia, Lovren. – AGENSI

The post Brazil ‘mengerikan’ tapi kami ada pengalaman appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *