MANCHESTER: Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City tewas mengejut 1-2 kepada Brentford di Stadium Etihad sebentar tadi.

Kekalahan ini menyaksikan impian The Citizens untuk merampas kedudukan pendahulu tidak kesampaian walaupun mendominasi perlawanan.

City kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik, termasuk penyerang sensasi, Erling Haaland dan perancang utama, Kevin de Bruyne serta Phil Foden untuk mengetuai jentera serangan.

Pelawat terlebih dahulu berada didepan menerusi ketua pasukan, Ivan Toney pada minit ke-16 untuk memastikan jaring gol tuan rumah dibolosi.

Gol tersebut nyata menyedarkan tuan rumah yang memperkemaskan jentera serangan dan hampir dihadiahkan sepakan penalti sebanyak dua kali pada babak pertama tetapi dinafikan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Usaha berterusan City menyamakan kedudukan akhirnya tercapai menerusi rembatan Phil Foden pada penghujung babak pertama untuk memastikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan keputusan seri 1-1. 

Memasuki babak kedua, City dan Brentford mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Toney memiliki peluang untuk meletakkan The Bees di hadapan tetapi penjaga gol tuan rumah, Ederson bertindak cemerlang untuk menafikan rembatan yang dilakukannya pada penghujung perlawanan.

Toney terus menjadi duri dalam daging selepas menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukan pada masa kecederaan untuk menghadikan tiga mata berharga buat pasukan kendalian Thomas Frank. – AGENSI

The post Brentford malukan City  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *