LONDON: Britain memaklumkan akan membekalkan peluru berpandu pertahanan udara kepada Ukraine susulan serangan Russia ke atas Kyiv dan beberapa bandar negara itu sejak kebelakangan ini.

Senjata itu dikatakan mampu menembak jatuh peluru berpandu jelajah benua.

Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace mengumumkan bantuan baharu itu menjelang mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diadakan di Brussels.

Sekutu Ukraine berikrar untuk menghantar pertahanan udara baharu dan lebih banyak bantuan ke negara itu.

Menurut Britain, peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana atau AMRAAM akan dihantar ke negara itu dalam masa beberapa minggu lagi.

“Ia boleh digunakan dengan Sistem Peluru Berpandu Permukaan-ke-Udara Termaju Nasional (NASAMS) yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat (AS),” jelasnya.

Tambah Britain, negaranya juga akan membekalkan ratusan peluru berpandu pertahanan udara yang lain ke Ukraine.

Selain itu, Britain memaklumkan pihaknya turut akan menghantar lebih banyak dron udara dan 18 lagi meriam howitzer.

“Serangan terbaharu Russia di kawasan awam di Ukraine memerlukan sokongan lanjut untuk mempertahankan negara mereka.

“Justeru, saya meluluskan penghantaran bekalan peluru berpandu anti-pesawat AMRAAM ke Ukraine,” kata Wallace. – REUTERS

The post Britain bekal peluru berpandu pertahanan udara kepada Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *