PETALING JAYA: Setiap kali menjelang hujung tahun beberapa kawasan di negara ini akan berhadapan dengan musim Timur Laut yang akan menyebabkan hujan lebat dan berlakunya banjir.

Ramalan tentang musim monsun itu yang dijangka mula pertengahan November dan fenomena La Nina yang dijangka berterusan sehingga awal 2023 memerlukan rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan bencana alam yang akan berlaku terutamanya banjir.

Melalui persediaan awal dapat membantu membendung atau mengurangkan jumlah kerugian sekiranya terperangkap dalam bencana seperti ribut atau banjir.

Ini adalah langkah pertama dan mungkin langkah terpenting untuk menjaga kelestarian mata pencarian supaya demi masa depan tidak terjejas.

 

Untuk itu ada beberapa perkara penting yang boleh dilakukan terlebih dahulu untuk membuat persediaan menghadapi musim monsun.

Paling utama adalah dengan menyemak pelan perlindungan yang dimiliki untuk memastikan liputan yang mencukupi untuk diri sendiri, orang tersayang termasuk harta berharga.

Langkah bijak adalah dengan menyediakan kit kecemasan sekiranya diarahkan untuk berpindah.

Kit tersebut perlulah mengandungi keperluan penting seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dan alat pertolongan cemas.

Sebagai peringatan, sediakanlah barangan secukupnya untuk sekurang-kurangnya tiga hari.

Telefon bimbit juga boleh menyelamatkan nyawa ketika kecemasan, jadi simpanlah ia dalam beg plastik kedap udara agar telefon bimbit kekal kering dan sediakan powerbank untuk mengecas telefon bimbit anda.

Sekiranya anda telah menyediakan kit kecemasan sebelum ini, periksalah kandunganya untuk memastikan ianya masih boleh digunakan dan simpan kesemua nombor-nombor penting dalam telefon bimbit anda.

Jika anda dalam situasi dimana air semakin menaik sama ada di rumah atau di pejabat, kekal tenang dan jangan panik.

Selain itu ibu bapa perlu memastikan anak-anak terutamanya tidak bermain air ketika banjir. Selain berbahaya kemungkinan dihanyutkan dan lemas, air banjir mungkin mengandungi barangan berbahaya seperti bahan kimia, objek dan cebisan yang boleh menyebabkan kecederaan malah jangkitan.

Jika anda perlu menyeberangi banjir, gunakan kelengkapan perlindungan diri seperti kasut but getah dan sarung tangan getah.

Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin untuk menyembuhkan luka dan mengelakkan jangkitan.

Mempunyai perlindungan kemalangan diri atau perubatan boleh meringankan beban kewangan jika sebarang kecederaan berlaku, dan rawatan kecemasan perubatan diperlukan.

Zurich mahu semua rakyat Malaysia kekal selamat. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat penting dan terkini daripada penyedia insurans dan takaful anda melalui saluran-saluran rasmi atau hubungi ejen anda. – UTUSAN

The post Buat persediaan awal hadapi banjir appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *